Selasa, 30 Disember 2008
XPDC Gunung Rajah
Rabu, 19 November 2008
PARIS....
Sabtu, 1 November 2008
Jenis-Jenis Kayak
2. Sprint Boat - digunakan untuk pertandingan. Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya, sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan yang baik.
3. Kayak Polo - bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing. Kano Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.
4. Inflatable Kayak - gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung tingi, stabil dan ringan, sesuai untuk pemula.
5. Squirt - bentuk tipis dan ruang dalam hanya boleh memuat kaki pendayung. Berbentuk pendek (2.5M ke bawah). Kayak jenis ini mampu menyelam di air, sesuai untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan cartwhell.
6. Slalom - mencakup dua hal iaitu kelajuan dan kestabilan, panjang sekitar 6m dan bahagian depan tajam, bahagian belakang besar.
7. Downriver Boat - panjang sekitar 4m, deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.
8. Sea Kayak - digunakan untuk aktiviti mengarungi laut, ada ruang yang bebas air untuk menyimpan peralatan, terdapat kompas untuk navigasi dan ada kemudi di bahagian belakang kayak.
Jumaat, 31 Oktober 2008
Pencemaran Alam Sekitar
Bagi mengatasinya, Jabatan Alam Sekitar telah mengetatkan peraturan penangkapan dan telah meningkatkan langkah pengawasan tumpahan minyak dan 'desludging' oleh kapal-kapal yang belayar di kawasan perairan Malaysia. Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Bagi Melawan Tumpahan Minyak di setiap negeri dan Tabung Pembersihan Pantai. Malaysia juga telah mengesahkan Konvensyen Antarabangsa bagi mencegah pencemaran daripada kapal-kapal pada 1 Mei 1997 dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Persiapan Pencemaran Minyak, Kerjasama dan Tindakbalas pada 30 Oktober 1997. Konvensyen-konvensyen tersebut melibatkan pencegahan dan pengawasan, pencemaran daripada tangki-tangki dan mengadakan kerjasama antarabangsa terhadap kejadian tumpahan minyak. Langkah-langkah tersebut telah berjaya mengurangkan bilangan kejadian tumpahan minyak kepada 23 pada tahun 1997 berbanding dengan 60 kejadian tumpahan minyak pada tahun 1996.
Walaupun berbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan alam sekitar, bilangan pesalah yang didakwa di bawah Akta dan Peraturan Alam Sekitar 1974, terus meningkat. Pada tahun 1997, sejumlah 275 kes telah didakwa berbanding dengan 113 kes pada tahun 1993. Kira-kira 60% daripada kesalahan yang dilakukan pada tahun 1997 berhubung dengan kes pembuangan bahan-bahan kotoran yang melebihi kadar yang telah ditetapkan dan melanggar peraturan di bawah akta. Lain-lain kesalahan adalah berhubung dengan pembakaran terbuka serta membabitkan pengendalian bahan buangan.
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. Maklumat mengenai alam sekitar diedarkan kepada masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sekolah, institusi pendidikan tinggi dan sektor swasta.
Khamis, 23 Oktober 2008
Meor Kahwin
Tika dan saat ini...sahlah masa gembira bagi saudara kita...Mr Meor dan pasangannya
kerna selamat diijab kabulkan sebagai Pengantin Baru...dan Ahad ni kami, antaranya Hanger,nini, echah, pak lah, wan, dan bebeapa org lagi akan membantu untuk menghabiskan makanan di kenduri rumah sahabat kita ni...
Alahai Mr Meor Aswandi...selamat Pengantin Baru, semoga gembira dan bahagia anak cucu hingga akhirat hendaknya..
Jagalah amanah Allah pada kita ni sebagai kaum Adam.
Kenduri kawin di umah Meor....26.10.08 (ahad).
Bila lagi agaknya Mr Gomox kitaa...(harap Gomox baca web ni).
Selasa, 21 Oktober 2008
Jerangkang....bukan jerangkung haaa...
Dulu takde jambatan batu kat sini...kena mengaruk air ler
Jernih dan tak tercemar...boleh diminum selalu!!!
OPsss ni kat Cherating....bukan Jerangkang...
SK Masai di Jerangkang...tingkat ke berapa ntah laa....15 kot!!!
Jadi, sesape yang berminat nak ke Jerangkang,Berembun ker...kontek2 ler...0129338922 (koi) or 0137448582 (paklah). ok terima kasih.
Keindahan Negeri Pahang ( Air Terjun Pelangi,Sg Lembing )
Ahad, 19 Oktober 2008
Rabu, 15 Oktober 2008
Air terjun Jerangkang
cantik.....tapi AWAS!!! jagalah alam skitar walaupun tak di pantau...
Keindahan alam...
Selamat Hari Raya..semua reccers
salam.....
Ingat lagi tak.....jalan g Tahan, Gopeng-Cameron...dll..lama x pegi...