Jumaat, 31 Oktober 2008

Pencemaran Alam Sekitar

Kerajaan terus menumpukan perhatian terhadap isu alam sekitar untuk membenteras pencemaran. Salah satu punca pencemaran pesisiran pantai adalah dari kesan tumpahan minyak yang berterusan. Pada tahun 1993, 24 kejadian tumpahan minyak dilaporkan di sepanjang Laut China Selatan dan Selat Melaka. Ia meningkat kepada 93 pada tahun 1995. Kebanyakan kejadian berpunca daripada perlanggaran kapal tangki minyak, kebocoran paip, pengeluaran minyak, kebocoran semasa pemindahan dan pembersihan tangki minyak. Bahaya yang dihadapi adalah kemasukan tumpahan ke dalam kawasan-kawasan yang sensitif seperti kolam ikan dan paya bakau di pesisiran pantai.


Bagi mengatasinya, Jabatan Alam Sekitar telah mengetatkan peraturan penangkapan dan telah meningkatkan langkah pengawasan tumpahan minyak dan 'desludging' oleh kapal-kapal yang belayar di kawasan perairan Malaysia. Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Bagi Melawan Tumpahan Minyak di setiap negeri dan Tabung Pembersihan Pantai. Malaysia juga telah mengesahkan Konvensyen Antarabangsa bagi mencegah pencemaran daripada kapal-kapal pada 1 Mei 1997 dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Persiapan Pencemaran Minyak, Kerjasama dan Tindakbalas pada 30 Oktober 1997. Konvensyen-konvensyen tersebut melibatkan pencegahan dan pengawasan, pencemaran daripada tangki-tangki dan mengadakan kerjasama antarabangsa terhadap kejadian tumpahan minyak. Langkah-langkah tersebut telah berjaya mengurangkan bilangan kejadian tumpahan minyak kepada 23 pada tahun 1997 berbanding dengan 60 kejadian tumpahan minyak pada tahun 1996.

Walaupun berbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan alam sekitar, bilangan pesalah yang didakwa di bawah Akta dan Peraturan Alam Sekitar 1974, terus meningkat. Pada tahun 1997, sejumlah 275 kes telah didakwa berbanding dengan 113 kes pada tahun 1993. Kira-kira 60% daripada kesalahan yang dilakukan pada tahun 1997 berhubung dengan kes pembuangan bahan-bahan kotoran yang melebihi kadar yang telah ditetapkan dan melanggar peraturan di bawah akta. Lain-lain kesalahan adalah berhubung dengan pembakaran terbuka serta membabitkan pengendalian bahan buangan.

Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. Maklumat mengenai alam sekitar diedarkan kepada masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sekolah, institusi pendidikan tinggi dan sektor swasta.


Selasa, 28 Oktober 2008


Kebahagiaan Meor...sukanya dia!!!


Di rumah Pet....Cik Patiah, Tradisional Perak. Bersama mak Pet.



Ganbar-gambar di kenduri Meor Aswandi. Selamat Pengantin Baru...Meor dan Pasangan.
Any comment...? Rombongan X rEc KPZ ke kenduri Meor dan di susuli lawatan ke Kelllie's Castle dan Lata Kinjang...mandi time. Tempat ok laa....

Khamis, 23 Oktober 2008

Meor Kahwin

Salam sahabat....
Tika dan saat ini...sahlah masa gembira bagi saudara kita...Mr Meor dan pasangannya
kerna selamat diijab kabulkan sebagai Pengantin Baru...dan Ahad ni kami, antaranya Hanger,nini, echah, pak lah, wan, dan bebeapa org lagi akan membantu untuk menghabiskan makanan di kenduri rumah sahabat kita ni...

Alahai Mr Meor Aswandi...selamat Pengantin Baru, semoga gembira dan bahagia anak cucu hingga akhirat hendaknya..
Jagalah amanah Allah pada kita ni sebagai kaum Adam.

Kenduri kawin di umah Meor....26.10.08 (ahad).

Bila lagi agaknya Mr Gomox kitaa...(harap Gomox baca web ni).

Selasa, 21 Oktober 2008

Jerangkang....bukan jerangkung haaa...

Jerangkang juga...Subhanallah!!! Tingkat berapa , tak ingat


Dulu takde jambatan batu kat sini...kena mengaruk air ler


Jernih dan tak tercemar...boleh diminum selalu!!!



OPsss ni kat Cherating....bukan Jerangkang...

Tingkatan Air Terjun Jerangkang



SK Masai di Jerangkang...tingkat ke berapa ntah laa....15 kot!!!

Jadi, sesape yang berminat nak ke Jerangkang,Berembun ker...kontek2 ler...0129338922 (koi) or 0137448582 (paklah). ok terima kasih.

Keindahan Negeri Pahang ( Air Terjun Pelangi,Sg Lembing )



Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Pahang...perlukan 4x4 untuk ke sana lepas tu kena jalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum smpai di air terjun...


cantik sgt ..Subhanallah, Allahuakbar!!!


Jagalah ia, susah lagi nak cari ganti...sampai je kat lokasi,bagaikan 'lost world' daa....

XPDC bersama X rec KPZ...echah, nini, meor, paklah, jaa, kepek, Nasir (lebok), tapa,izan and makju.athe last Prof Nini from UPM.


Gambar - gambar Berakit di Nenggiri, best sgt...nak pegi bagtau laa....murah jer RM150 seorang...tak termasuk makan, khemah dan bot pengiring.

pakej bermula di stesen keretapi Gua Musang sehingga akhir aktiviti...insyAllah dengan selamat.

Ahad, 19 Oktober 2008




Ni aktiviti kami sekeluarga...nak join boleh la..

akan datang macam2 rekreasi boleh dilakukan...tak naik gunung kita santai2 dengan anak bini dengan 4x4...banyak gunanya..lihatla gambor ni...



Rabu, 15 Oktober 2008

Air terjun Jerangkang

Salah satu air terjun tercantik di malaysia...layari web http://www.waterfallsofmalaysia.com/87jerangkang.php

cantik.....tapi AWAS!!! jagalah alam skitar walaupun tak di pantau...

Keindahan alam...



Sebagai pecinta rekreasi.....kita berperanan sama dalam menjaga alam sekitar kita...ooooo...byk kali dalam berita tv, media cetak , majalah2 dan jurnal2 yang mengaitkan tentang pencemaran alam, baik udara, air mahupun bunyi ...ada lagi...pembalakan haram, yang menghantui hutan hujan kita nii....so...kepada semua yang rajin pegi camping, hiking, 4wheelin...dll, jagha laa alam sekitar kita....


bayangkan sungai2 di negara kita 10, 20 tahun lepas...sgt jernih dan cantik....masa kecik2 dulu, sungai pahang boleh lagi di minum cenggituu jer....sekarang tak berani daa..macaam2 e.coli, pun byk...


Sampah merata2 aduhhh....nape eh...so sama2 kita fikir.....


Sayang la...air terjun yg virgin lagi kita cemari...Jerangkang dan berembun sebagai contoh, dh mula ada conteng-contengan, sampah sarap dll yang menyakitkan mata....tengok la..


Jerangkang yang cantik nih..... (web)


jangan biar ia dicemari..mana nak cari lagi nanti....




Selamat Hari Raya..semua reccers

Salam Hari raya buats emua reccers kpz n sewaktu dengannya...moga hobi dan jiwa rekreasi diteruskan...

salam.....

Buat semua bekas reccers kpz from bila2 smpai bila2...leh la join blog ni...

Ingat lagi tak.....jalan g Tahan, Gopeng-Cameron...dll..lama x pegi...