(petikan dari Utusan, 11 Julai 09, ruangan WOW)
GOLONGAN muda hari ini mungkin merupakan generasi terakhir yang berpeluang menikmati keindahan terumbu karang.
Para saintis marin dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh Sir David Attenborough memberi amaran bahawa karang laut akan musnah dalam masa 20 tahun lagi jika dunia terus melepaskan gas karbon dioksida ke atmosfera.
Menurut kajian, kawasan terumbu terbesar dunia iaitu Great Barrier Reef di Australia dijangka mengalami kepupusan 20 tahun lagi jika tiada langkah-langkah pemeliharaan dilaksanakan.
Bagi mereka, usaha menghapuskan kesan rumah hijau perlu giat dilaksanakan dengan mencari jalan bagaimana kehadiran gas beracun itu dapat dikurangkan.
Terumbu karang sebenarnya bukan sahaja cantik, malah ia turut berfungsi melengkapkan ekosistem laut seperti menjadi habitat dan sumber makanan kepada hidupan air lain.
Kehadiran gas karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan laut menjadi berasid dan suhu meningkat seterusnya menyumbang kepada fenomena pelunturan terumbu karang.
Ulasan: Ini pun bencana besar jugak ni...laut hidup kerana ada terumbu karang, ok, perkaitannya, terumbu karang adalah habitat dan sumber makanan bagi ikan-ikan kecil dan plankton, kalau terumbu karang pupus, hidupan mikro laut dan ikana kecil akan pupus, ikan kecil pupus, ikan -ikan pemangsa yang besar pun akan pupus, bila tiada hidupan dalam laut ...maka laut akan dipenuhi sampah dan juga agen-agen parasit dan bakteria yang merbahaya, pada masa tu...laut x bermakna lagi pada kita semua....hmmm. Kalau betul hipotesis ni...maknanya, satu usaha secara global dan holistik perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi yg ada dan akan datang.
Selamat Berusaha semua....langkah pertama....jgn buang sampah merata-rata sesuka hati...sakit mata dan hati tengok orang buang sampah dari kereta!!!