Rabu, 19 November 2008

PARIS....


Masjid terbesar di Paris...Allahuakbar.








AssSalamualaikum...




Hmmm...minggu lepas...6-12 nov, tarikh sejarah pertama kalinya keluar negara dan ke eropah....wah Syukur Alhamdulillah...dapat gak hajat dan impian nk g tengok negara orang dan hasrat ke eropah tercapai.Syukur sgt...tgok kemajuan negara barat yg diwar-warkan dan bezakan dengan Malaysia tercinta....pengalaman paling best, mencari jati diri di sana sebagai seorang Muslim, arrgghhh...susah skit, toilet xde pakai air, tisu jer...surau di shoping cmplex..lagi al susah nya.....ni la gmbar2 yg ada semasa di Paris dan Amsterdam.

Sabtu, 1 November 2008

Jenis-Jenis Kayak

1. Creek Boat - berguna untuk yang baru menceburi atau mengenal olahraga dayung kerana stabil dan mudah dikendalikan.




2. Sprint Boat - digunakan untuk pertandingan. Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya, sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan yang baik.


3. Kayak Polo - bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing. Kano Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.



4. Inflatable Kayak - gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung tingi, stabil dan ringan, sesuai untuk pemula.





5. Squirt - bentuk tipis dan ruang dalam hanya boleh memuat kaki pendayung. Berbentuk pendek (2.5M ke bawah). Kayak jenis ini mampu menyelam di air, sesuai untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan cartwhell.


6. Slalom - mencakup dua hal iaitu kelajuan dan kestabilan, panjang sekitar 6m dan bahagian depan tajam, bahagian belakang besar.




7. Downriver Boat - panjang sekitar 4m, deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.





8. Sea Kayak - digunakan untuk aktiviti mengarungi laut, ada ruang yang bebas air untuk menyimpan peralatan, terdapat kompas untuk navigasi dan ada kemudi di bahagian belakang kayak.




9. Sit On Top - digunakan untuk khusus di pantai atau tasik, tidak perlu membuang air, kerana dilengkapi lubang khusus membuang air. Apabila terbalik mudah untuk naik kembali ke perahu, tetapi gerak kayak jenis ini cukup lambat, dan susah untuk melakukan Eskimo Roll (teknik berguling).