Isnin, 8 Februari 2010

Gunung Tahan X-KPZ

 
Gambar Hiasan

Selamat berjaya kepada X Rek KPZ yang akan melakukan pendakian pada CNY ni...13 peserta, in and out in one piece..insyAllah!!! Good Luck utk team veteran nih...

Rabu, 2 September 2009

Ozon dan Cuaca Semasa

Pada bulan 8 yg lepas, satu konvokesyen diadakan di UTM, Skudai di mana semua para graduan diraikan kejayaan mereka secara gilang gemilang dan majlis ini para ibu bapa turut sama meraikan kejayaan anak-anak kesayangan mereka. Seperti mana diketahui, UTM ialah sebuah IPTA yang beroperasi di selatan tanah air iaitu di bumi Johor ini melahirkan ramai graduan dlm bidang kejuruteraan, teknologi dan teknikal tidak ketinggalan juga dalam bidang pendidikan serta teknologi kesihatan.Semua bidang sangat penting bagi kelangsungan dan kemajuan Malaysia.

Sempena dengan majlis istiadat gilang gemilang tersebut, pesta konvokesyen turut diadakan bertempat di padang kawat PALAPES, UTM. Banyak gerai yang dibuka dari makanan hinggalah kepada gerai lukisan....hmmm. Satu yang menarik perhatian iaitu kehadiran sebuah unit bas bergerak dari Jab. Meteorologi dari Petaling Jaya, Selangor. Bas berkenaan kelihatan begitu canggih dan mempunyai beberapa buah komputer yang dapat mengkaji beberapa keadaan cuaca seperti kehadiran kilat dan guruh, kejadian hujan dan juga bacaan satelit bagi mengkaji dan meramal cuaca seluruh negara khasnya. Warga UTM bertuah kerana inilah kali pertama balai kaji cuaca bergerak tersebut hadir dan mengadakan pameran bagi orang awam kerana sebelumnya bas berkenaan hanya dibuka kepada VVIP dan VIP semasa khidmat mereka diperlukan di pameran bertaraf antarabangsa seperti LIMA, Piala Monsun dan juga semasa Perlumbaan F1 di Sepang.

Kempen dan pameran begini sgt baik dan berguna kepada masyarakat umum. Berbalik kisah ozon dan cuaca, sepanjang pesta konvo ni,cuaca agak baik dan kadangkala hujan...hujan rahmat di waktu panas ptg hari. Hujan!!!...hujan zaman sekarang nih x leh wat memain, bukan saja hujan air, tp ada extra gift lagi disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri....itulah Hujan Asid....

Sabtu, 11 Julai 2009

Renung-renungkan!!!

Terumbu karang musnah 20 tahun lagi!!!
(petikan dari Utusan, 11 Julai 09, ruangan WOW)

GOLONGAN muda hari ini mungkin merupakan generasi terakhir yang berpeluang menikmati keindahan terumbu karang.
Para saintis marin dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh Sir David Attenborough memberi amaran bahawa karang laut akan musnah dalam masa 20 tahun lagi jika dunia terus melepaskan gas karbon dioksida ke atmosfera.
Menurut kajian, kawasan terumbu terbesar dunia iaitu Great Barrier Reef di Australia dijangka mengalami kepupusan 20 tahun lagi jika tiada langkah-langkah pemeliharaan dilaksanakan.
Bagi mereka, usaha menghapuskan kesan rumah hijau perlu giat dilaksanakan dengan mencari jalan bagaimana kehadiran gas beracun itu dapat dikurangkan.
Terumbu karang sebenarnya bukan sahaja cantik, malah ia turut berfungsi melengkapkan ekosistem laut seperti menjadi habitat dan sumber makanan kepada hidupan air lain.
Kehadiran gas karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan laut menjadi berasid dan suhu meningkat seterusnya menyumbang kepada fenomena pelunturan terumbu karang.

Ulasan: Ini pun bencana besar jugak ni...laut hidup kerana ada terumbu karang, ok, perkaitannya, terumbu karang adalah habitat dan sumber makanan bagi ikan-ikan kecil dan plankton, kalau terumbu karang pupus, hidupan mikro laut dan ikana kecil akan pupus, ikan kecil pupus, ikan -ikan pemangsa yang besar pun akan pupus, bila tiada hidupan dalam laut ...maka laut akan dipenuhi sampah dan juga agen-agen parasit dan bakteria yang merbahaya, pada masa tu...laut x bermakna lagi pada kita semua....hmmm. Kalau betul hipotesis ni...maknanya, satu usaha secara global dan holistik perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi yg ada dan akan datang.
Selamat Berusaha semua....langkah pertama....jgn buang sampah merata-rata sesuka hati...sakit mata dan hati tengok orang buang sampah dari kereta!!!

Selasa, 16 Jun 2009

Terbaru untuk Climbers/Hikers!!!



NEW!!!Aracanda 30 keluaran Vaude.

Beg ni kalis air dan tanpa jahitan...sesuai untuk xpdc mendaki dan juga 4x4 serta white/wild water rafting. Boleh wat pelampung pun ye....teknologi Jerman ni 20 peratus lebih ringan berbanding kebanyakan beg-beg lain di pasaran. Kira kualiti Merc/BMW or Audi or any germany laa.

Rega dia RM390, Aracanda 30 juga adalah belian yang sangat berbaloi untuk penggemar rekreasi air yang lain.

Hubungi A&L Adventure & Leisure di talian 03-79560908 untuk maklumat.

Ahad, 17 Mei 2009

Anggaran Harga/bajet untuk program gathering Ex Rec KPZ.

Sahabat, di bawah ni ada rega untuk program kita, tp tak semua kita jalankan....cuma rujukan je.
Keperluannya ialah :

Penginapan
Makan (dinner, lunch, BBQ)
Aktiviti : Telematch , treasure hunt dll mana difikirkan perlu.
Maklumat dan rega seperti di bawah.

No of participants
Minimum 30 pax
Accommodation
Chalet, Bandwagon & Tepee – Twin Sharing (atas pilihan)
Meals
Day 1: Lunch & BBQ Dinner
Day 2: Breakfast & Lunch
Activities
Map Reading/Compass March
Telematches
Treasure Hunt
Seminar package
(Standard AV Equipment)
Nil

Complimentary facilities
Swimming Pool (with proper swimming attire), Volleyball, Basketball, Jacuzzi, Futsal
Optional Activities

1 Go Kart RM 20=5 laps
2 Archery RM 10=15 arrows
3 Canoeing (Fish Pond) RM 5=10 mins
4 Horse Riding RM 10=2 round arena
RM 50=Short Trail~20 mins
RM 100=Long Trail~45 mins
5 Management Games RM 10/person min 15 paxs
6 Telematch RM 10/person min 15 paxs
7 Treasure Hunt RM 10/person min 15 paxs
8 Paintball RM 45.00 nett/person (Inclusive marker, mask, chest
protector, unlimited gas & 50 balls)
9 Cowboy Show RM 300.00


Kata lain :

tepee chalet = RM99
(berkeluarga)

dorm = RM33
(bujang sesuai laa)

Aktiviti :
Telematch + RM10/pax
Treasure hunt + RM10/pax


Sepatutnya kena wat deposit sebelum atau pada seperti makluman berikut :

Eagle Ranch Resort requires a 50% deposit by 27 May 2009 to confirm this booking. Failing which your reservation will be AUTOMATICALLY cancelled.
Balance of the payment must be made by CASH OR CREDIT CARD STRICLY UPON CHECK IN. Any payment by company cheque, please bank into our account one (1) week in advance of check in date.

Selasa, 21 April 2009


RFC09 = akan diadakan di Johor, sila rujuk http://www.rainforest-challenge.com/ maklumat lanjut.
Pahang 4x4 2009 di Sg Lembing, menarik tp x dapat g tengok.
Next event di Johor, 1.2 dam 3 Mei 09, Johor Challenge 09 bertempat di Tmn Tun Aminah.

Isnin, 16 Februari 2009

lagi gambar recce ke sri medan...rentas 4x4.



Pajero terkandas.setengah jam lepas tu baru lepas ditarik keluar.



Kawasan sekitar campsite.



Keta-keta yang terkandas...