Rabu, 2 September 2009

Ozon dan Cuaca Semasa

Pada bulan 8 yg lepas, satu konvokesyen diadakan di UTM, Skudai di mana semua para graduan diraikan kejayaan mereka secara gilang gemilang dan majlis ini para ibu bapa turut sama meraikan kejayaan anak-anak kesayangan mereka. Seperti mana diketahui, UTM ialah sebuah IPTA yang beroperasi di selatan tanah air iaitu di bumi Johor ini melahirkan ramai graduan dlm bidang kejuruteraan, teknologi dan teknikal tidak ketinggalan juga dalam bidang pendidikan serta teknologi kesihatan.Semua bidang sangat penting bagi kelangsungan dan kemajuan Malaysia.

Sempena dengan majlis istiadat gilang gemilang tersebut, pesta konvokesyen turut diadakan bertempat di padang kawat PALAPES, UTM. Banyak gerai yang dibuka dari makanan hinggalah kepada gerai lukisan....hmmm. Satu yang menarik perhatian iaitu kehadiran sebuah unit bas bergerak dari Jab. Meteorologi dari Petaling Jaya, Selangor. Bas berkenaan kelihatan begitu canggih dan mempunyai beberapa buah komputer yang dapat mengkaji beberapa keadaan cuaca seperti kehadiran kilat dan guruh, kejadian hujan dan juga bacaan satelit bagi mengkaji dan meramal cuaca seluruh negara khasnya. Warga UTM bertuah kerana inilah kali pertama balai kaji cuaca bergerak tersebut hadir dan mengadakan pameran bagi orang awam kerana sebelumnya bas berkenaan hanya dibuka kepada VVIP dan VIP semasa khidmat mereka diperlukan di pameran bertaraf antarabangsa seperti LIMA, Piala Monsun dan juga semasa Perlumbaan F1 di Sepang.

Kempen dan pameran begini sgt baik dan berguna kepada masyarakat umum. Berbalik kisah ozon dan cuaca, sepanjang pesta konvo ni,cuaca agak baik dan kadangkala hujan...hujan rahmat di waktu panas ptg hari. Hujan!!!...hujan zaman sekarang nih x leh wat memain, bukan saja hujan air, tp ada extra gift lagi disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri....itulah Hujan Asid....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan