Isnin, 8 Februari 2010

Gunung Tahan X-KPZ

 
Gambar Hiasan

Selamat berjaya kepada X Rek KPZ yang akan melakukan pendakian pada CNY ni...13 peserta, in and out in one piece..insyAllah!!! Good Luck utk team veteran nih...

Rabu, 2 September 2009

Ozon dan Cuaca Semasa

Pada bulan 8 yg lepas, satu konvokesyen diadakan di UTM, Skudai di mana semua para graduan diraikan kejayaan mereka secara gilang gemilang dan majlis ini para ibu bapa turut sama meraikan kejayaan anak-anak kesayangan mereka. Seperti mana diketahui, UTM ialah sebuah IPTA yang beroperasi di selatan tanah air iaitu di bumi Johor ini melahirkan ramai graduan dlm bidang kejuruteraan, teknologi dan teknikal tidak ketinggalan juga dalam bidang pendidikan serta teknologi kesihatan.Semua bidang sangat penting bagi kelangsungan dan kemajuan Malaysia.

Sempena dengan majlis istiadat gilang gemilang tersebut, pesta konvokesyen turut diadakan bertempat di padang kawat PALAPES, UTM. Banyak gerai yang dibuka dari makanan hinggalah kepada gerai lukisan....hmmm. Satu yang menarik perhatian iaitu kehadiran sebuah unit bas bergerak dari Jab. Meteorologi dari Petaling Jaya, Selangor. Bas berkenaan kelihatan begitu canggih dan mempunyai beberapa buah komputer yang dapat mengkaji beberapa keadaan cuaca seperti kehadiran kilat dan guruh, kejadian hujan dan juga bacaan satelit bagi mengkaji dan meramal cuaca seluruh negara khasnya. Warga UTM bertuah kerana inilah kali pertama balai kaji cuaca bergerak tersebut hadir dan mengadakan pameran bagi orang awam kerana sebelumnya bas berkenaan hanya dibuka kepada VVIP dan VIP semasa khidmat mereka diperlukan di pameran bertaraf antarabangsa seperti LIMA, Piala Monsun dan juga semasa Perlumbaan F1 di Sepang.

Kempen dan pameran begini sgt baik dan berguna kepada masyarakat umum. Berbalik kisah ozon dan cuaca, sepanjang pesta konvo ni,cuaca agak baik dan kadangkala hujan...hujan rahmat di waktu panas ptg hari. Hujan!!!...hujan zaman sekarang nih x leh wat memain, bukan saja hujan air, tp ada extra gift lagi disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri....itulah Hujan Asid....

Sabtu, 11 Julai 2009

Renung-renungkan!!!

Terumbu karang musnah 20 tahun lagi!!!
(petikan dari Utusan, 11 Julai 09, ruangan WOW)

GOLONGAN muda hari ini mungkin merupakan generasi terakhir yang berpeluang menikmati keindahan terumbu karang.
Para saintis marin dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh Sir David Attenborough memberi amaran bahawa karang laut akan musnah dalam masa 20 tahun lagi jika dunia terus melepaskan gas karbon dioksida ke atmosfera.
Menurut kajian, kawasan terumbu terbesar dunia iaitu Great Barrier Reef di Australia dijangka mengalami kepupusan 20 tahun lagi jika tiada langkah-langkah pemeliharaan dilaksanakan.
Bagi mereka, usaha menghapuskan kesan rumah hijau perlu giat dilaksanakan dengan mencari jalan bagaimana kehadiran gas beracun itu dapat dikurangkan.
Terumbu karang sebenarnya bukan sahaja cantik, malah ia turut berfungsi melengkapkan ekosistem laut seperti menjadi habitat dan sumber makanan kepada hidupan air lain.
Kehadiran gas karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan laut menjadi berasid dan suhu meningkat seterusnya menyumbang kepada fenomena pelunturan terumbu karang.

Ulasan: Ini pun bencana besar jugak ni...laut hidup kerana ada terumbu karang, ok, perkaitannya, terumbu karang adalah habitat dan sumber makanan bagi ikan-ikan kecil dan plankton, kalau terumbu karang pupus, hidupan mikro laut dan ikana kecil akan pupus, ikan kecil pupus, ikan -ikan pemangsa yang besar pun akan pupus, bila tiada hidupan dalam laut ...maka laut akan dipenuhi sampah dan juga agen-agen parasit dan bakteria yang merbahaya, pada masa tu...laut x bermakna lagi pada kita semua....hmmm. Kalau betul hipotesis ni...maknanya, satu usaha secara global dan holistik perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi yg ada dan akan datang.
Selamat Berusaha semua....langkah pertama....jgn buang sampah merata-rata sesuka hati...sakit mata dan hati tengok orang buang sampah dari kereta!!!

Selasa, 16 Jun 2009

Terbaru untuk Climbers/Hikers!!!



NEW!!!Aracanda 30 keluaran Vaude.

Beg ni kalis air dan tanpa jahitan...sesuai untuk xpdc mendaki dan juga 4x4 serta white/wild water rafting. Boleh wat pelampung pun ye....teknologi Jerman ni 20 peratus lebih ringan berbanding kebanyakan beg-beg lain di pasaran. Kira kualiti Merc/BMW or Audi or any germany laa.

Rega dia RM390, Aracanda 30 juga adalah belian yang sangat berbaloi untuk penggemar rekreasi air yang lain.

Hubungi A&L Adventure & Leisure di talian 03-79560908 untuk maklumat.

Ahad, 17 Mei 2009

Anggaran Harga/bajet untuk program gathering Ex Rec KPZ.

Sahabat, di bawah ni ada rega untuk program kita, tp tak semua kita jalankan....cuma rujukan je.
Keperluannya ialah :

Penginapan
Makan (dinner, lunch, BBQ)
Aktiviti : Telematch , treasure hunt dll mana difikirkan perlu.
Maklumat dan rega seperti di bawah.

No of participants
Minimum 30 pax
Accommodation
Chalet, Bandwagon & Tepee – Twin Sharing (atas pilihan)
Meals
Day 1: Lunch & BBQ Dinner
Day 2: Breakfast & Lunch
Activities
Map Reading/Compass March
Telematches
Treasure Hunt
Seminar package
(Standard AV Equipment)
Nil

Complimentary facilities
Swimming Pool (with proper swimming attire), Volleyball, Basketball, Jacuzzi, Futsal
Optional Activities

1 Go Kart RM 20=5 laps
2 Archery RM 10=15 arrows
3 Canoeing (Fish Pond) RM 5=10 mins
4 Horse Riding RM 10=2 round arena
RM 50=Short Trail~20 mins
RM 100=Long Trail~45 mins
5 Management Games RM 10/person min 15 paxs
6 Telematch RM 10/person min 15 paxs
7 Treasure Hunt RM 10/person min 15 paxs
8 Paintball RM 45.00 nett/person (Inclusive marker, mask, chest
protector, unlimited gas & 50 balls)
9 Cowboy Show RM 300.00


Kata lain :

tepee chalet = RM99
(berkeluarga)

dorm = RM33
(bujang sesuai laa)

Aktiviti :
Telematch + RM10/pax
Treasure hunt + RM10/pax


Sepatutnya kena wat deposit sebelum atau pada seperti makluman berikut :

Eagle Ranch Resort requires a 50% deposit by 27 May 2009 to confirm this booking. Failing which your reservation will be AUTOMATICALLY cancelled.
Balance of the payment must be made by CASH OR CREDIT CARD STRICLY UPON CHECK IN. Any payment by company cheque, please bank into our account one (1) week in advance of check in date.

Selasa, 21 April 2009


RFC09 = akan diadakan di Johor, sila rujuk http://www.rainforest-challenge.com/ maklumat lanjut.
Pahang 4x4 2009 di Sg Lembing, menarik tp x dapat g tengok.
Next event di Johor, 1.2 dam 3 Mei 09, Johor Challenge 09 bertempat di Tmn Tun Aminah.

Isnin, 16 Februari 2009

lagi gambar recce ke sri medan...rentas 4x4.



Pajero terkandas.setengah jam lepas tu baru lepas ditarik keluar.



Kawasan sekitar campsite.



Keta-keta yang terkandas...

Halangan Pertama...LC RFC spec, 1-2 jZ engine. Winch dia laju amat!!!


Check 4x4 sebelum masuk trek hutan.

XPDC Recce Rentas ke Seri Medan, Batu Pahat.14 dan 15 Februari 09, sebanyak kira-kira 18 buah 4x4 pelbagai jenis seperti LC, land rover American Jeep, Pajero, Trooper dan Jimny menyertai program kali ni. Satu bentuk penyatuan kaum jugak kerana program terdieri dari kaum Melayu, Cina dan India, tentunya peminat2 sukan lasak 4x4 di negeri JOHOR.

Khamis, 12 Februari 2009

Our Malaysian Rainforest...are we concern??

Gambar burung ketika 'birdwatching' di depan rumah Hana, TTDI,KL


Salam..dh lama x update..so, ni baru bleh update...xde apa nk dikabarkan...cuma, peringatan kepada kaum2 pecinta outdoor, leisure or competition mode...hehee....isu alam sekitar sentiasa bermain di pelbagai peringkat, sama2 la kita jagarainforest kita ni....ada sekali tu, masa transit di Dubai ke paris, ada la frenchman ni, mamat perancis le....dia tanya , macamna dengan keadaan hutan di malaysia...adakah diurus dengan baik or ditebangi sesuka hati dan tak terkawal...dia kata, dia selalu dapat repot by email dari kawan dia yg bgtau hutan kita dah tak terkawal penebangan dan sedang menghadapi kepupusan....hmmm agak malu gak memikirkannya...orang luar amik berat tentang hutan Malar hijau kita ni..so peringatan...jagalah kebersihan hutan kita.

Selasa, 13 Januari 2009

Lagi gambar Gunung Rajah... last XPDC ex Rec+Teachers.




SubahanAllah...memang cantik pemandangan...nak g boleh arrange lagi.


Jumaat, 9 Januari 2009

My NewBorn Baby.






Alhamdulillah, wife aku selamat melahirkan baby girl pada 9 Disember 2009 tepat jam 12.38 tengahari.
AIDA MARISSA BINTI MOHD ZAMBRI.
AIDA = Keberuntungan, hadiah
MARISSA = Seorang Yang Bersopan Santun
Doakan la anak aku bakal jadi seorang muslimah dan insan yang berguna satu hari nanti...
Amin.......

Selasa, 30 Disember 2008

Grup photo di Lata Naning.

PAk LAh n Mak Lah di Puncak Gunung RAjah...

Grup photo di puncak Rajah


gambar di gunung rajah...

XPDC Gunung Rajah

Lama dah plan nak g ni....tapi selalu tak berkesempatan, Alhamdulillah pada 25 dis 2008, xpdc berjaya juga berjalan seperti dirancang....bermula dengan plan yang mengejut, dari 4 orang...akhirnya jadi la 10 orang, beberapa orang Chekgu dan kumpulan chekgu dari Jeram, kuala selangor...xpdc 3 hari 25 - 27 dis 08....xpdc tamat. Alhamdulillah, semua berjaya sampai di puncak dan selamat pegi balik. in one piece. Ini le gambar2 nye....kalau berkenan boleh le amik kepada Awe, Mat n geng2 Jeram ...TQ. Lain kali plan ke tempat lain plak.......( gambar lain kali masukkan )....lupa dlm laptop lain daaa....

Rabu, 19 November 2008

PARIS....


Masjid terbesar di Paris...Allahuakbar.








AssSalamualaikum...




Hmmm...minggu lepas...6-12 nov, tarikh sejarah pertama kalinya keluar negara dan ke eropah....wah Syukur Alhamdulillah...dapat gak hajat dan impian nk g tengok negara orang dan hasrat ke eropah tercapai.Syukur sgt...tgok kemajuan negara barat yg diwar-warkan dan bezakan dengan Malaysia tercinta....pengalaman paling best, mencari jati diri di sana sebagai seorang Muslim, arrgghhh...susah skit, toilet xde pakai air, tisu jer...surau di shoping cmplex..lagi al susah nya.....ni la gmbar2 yg ada semasa di Paris dan Amsterdam.

Sabtu, 1 November 2008

Jenis-Jenis Kayak

1. Creek Boat - berguna untuk yang baru menceburi atau mengenal olahraga dayung kerana stabil dan mudah dikendalikan.




2. Sprint Boat - digunakan untuk pertandingan. Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya, sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan yang baik.


3. Kayak Polo - bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing. Kano Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.



4. Inflatable Kayak - gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung tingi, stabil dan ringan, sesuai untuk pemula.





5. Squirt - bentuk tipis dan ruang dalam hanya boleh memuat kaki pendayung. Berbentuk pendek (2.5M ke bawah). Kayak jenis ini mampu menyelam di air, sesuai untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan cartwhell.


6. Slalom - mencakup dua hal iaitu kelajuan dan kestabilan, panjang sekitar 6m dan bahagian depan tajam, bahagian belakang besar.




7. Downriver Boat - panjang sekitar 4m, deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.





8. Sea Kayak - digunakan untuk aktiviti mengarungi laut, ada ruang yang bebas air untuk menyimpan peralatan, terdapat kompas untuk navigasi dan ada kemudi di bahagian belakang kayak.




9. Sit On Top - digunakan untuk khusus di pantai atau tasik, tidak perlu membuang air, kerana dilengkapi lubang khusus membuang air. Apabila terbalik mudah untuk naik kembali ke perahu, tetapi gerak kayak jenis ini cukup lambat, dan susah untuk melakukan Eskimo Roll (teknik berguling).

Jumaat, 31 Oktober 2008

Pencemaran Alam Sekitar

Kerajaan terus menumpukan perhatian terhadap isu alam sekitar untuk membenteras pencemaran. Salah satu punca pencemaran pesisiran pantai adalah dari kesan tumpahan minyak yang berterusan. Pada tahun 1993, 24 kejadian tumpahan minyak dilaporkan di sepanjang Laut China Selatan dan Selat Melaka. Ia meningkat kepada 93 pada tahun 1995. Kebanyakan kejadian berpunca daripada perlanggaran kapal tangki minyak, kebocoran paip, pengeluaran minyak, kebocoran semasa pemindahan dan pembersihan tangki minyak. Bahaya yang dihadapi adalah kemasukan tumpahan ke dalam kawasan-kawasan yang sensitif seperti kolam ikan dan paya bakau di pesisiran pantai.


Bagi mengatasinya, Jabatan Alam Sekitar telah mengetatkan peraturan penangkapan dan telah meningkatkan langkah pengawasan tumpahan minyak dan 'desludging' oleh kapal-kapal yang belayar di kawasan perairan Malaysia. Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Bagi Melawan Tumpahan Minyak di setiap negeri dan Tabung Pembersihan Pantai. Malaysia juga telah mengesahkan Konvensyen Antarabangsa bagi mencegah pencemaran daripada kapal-kapal pada 1 Mei 1997 dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Persiapan Pencemaran Minyak, Kerjasama dan Tindakbalas pada 30 Oktober 1997. Konvensyen-konvensyen tersebut melibatkan pencegahan dan pengawasan, pencemaran daripada tangki-tangki dan mengadakan kerjasama antarabangsa terhadap kejadian tumpahan minyak. Langkah-langkah tersebut telah berjaya mengurangkan bilangan kejadian tumpahan minyak kepada 23 pada tahun 1997 berbanding dengan 60 kejadian tumpahan minyak pada tahun 1996.

Walaupun berbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan alam sekitar, bilangan pesalah yang didakwa di bawah Akta dan Peraturan Alam Sekitar 1974, terus meningkat. Pada tahun 1997, sejumlah 275 kes telah didakwa berbanding dengan 113 kes pada tahun 1993. Kira-kira 60% daripada kesalahan yang dilakukan pada tahun 1997 berhubung dengan kes pembuangan bahan-bahan kotoran yang melebihi kadar yang telah ditetapkan dan melanggar peraturan di bawah akta. Lain-lain kesalahan adalah berhubung dengan pembakaran terbuka serta membabitkan pengendalian bahan buangan.

Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. Maklumat mengenai alam sekitar diedarkan kepada masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sekolah, institusi pendidikan tinggi dan sektor swasta.


Selasa, 28 Oktober 2008


Kebahagiaan Meor...sukanya dia!!!


Di rumah Pet....Cik Patiah, Tradisional Perak. Bersama mak Pet.



Ganbar-gambar di kenduri Meor Aswandi. Selamat Pengantin Baru...Meor dan Pasangan.
Any comment...? Rombongan X rEc KPZ ke kenduri Meor dan di susuli lawatan ke Kelllie's Castle dan Lata Kinjang...mandi time. Tempat ok laa....

Khamis, 23 Oktober 2008

Meor Kahwin

Salam sahabat....
Tika dan saat ini...sahlah masa gembira bagi saudara kita...Mr Meor dan pasangannya
kerna selamat diijab kabulkan sebagai Pengantin Baru...dan Ahad ni kami, antaranya Hanger,nini, echah, pak lah, wan, dan bebeapa org lagi akan membantu untuk menghabiskan makanan di kenduri rumah sahabat kita ni...

Alahai Mr Meor Aswandi...selamat Pengantin Baru, semoga gembira dan bahagia anak cucu hingga akhirat hendaknya..
Jagalah amanah Allah pada kita ni sebagai kaum Adam.

Kenduri kawin di umah Meor....26.10.08 (ahad).

Bila lagi agaknya Mr Gomox kitaa...(harap Gomox baca web ni).

Selasa, 21 Oktober 2008

Jerangkang....bukan jerangkung haaa...

Jerangkang juga...Subhanallah!!! Tingkat berapa , tak ingat


Dulu takde jambatan batu kat sini...kena mengaruk air ler


Jernih dan tak tercemar...boleh diminum selalu!!!



OPsss ni kat Cherating....bukan Jerangkang...

Tingkatan Air Terjun Jerangkang



SK Masai di Jerangkang...tingkat ke berapa ntah laa....15 kot!!!

Jadi, sesape yang berminat nak ke Jerangkang,Berembun ker...kontek2 ler...0129338922 (koi) or 0137448582 (paklah). ok terima kasih.

Keindahan Negeri Pahang ( Air Terjun Pelangi,Sg Lembing )



Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Pahang...perlukan 4x4 untuk ke sana lepas tu kena jalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum smpai di air terjun...


cantik sgt ..Subhanallah, Allahuakbar!!!


Jagalah ia, susah lagi nak cari ganti...sampai je kat lokasi,bagaikan 'lost world' daa....

XPDC bersama X rec KPZ...echah, nini, meor, paklah, jaa, kepek, Nasir (lebok), tapa,izan and makju.athe last Prof Nini from UPM.